๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฃ๐จ๐ฃ๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambut baik ucapan dan gesaan yang diberikan oleh YAB Datoโ Sri Ismail Sabri Yaakub dalam sidang Ucapan Perdana Menteri Ke-9.
Harapan dan kesungguhan YAB Perdana Menteri agar seluruh kepimpinan politik dapat menumpukan perhatian bagi mewujudkan ketenangan dan keharmonian agar kerajaan memberi fokus utama kepada menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi rakyat serta negara.
PAS menyambut baik pendekatan โKeluarga Malaysiaโ sebagaimana disebutkan oleh YAB Perdana Menteri. Ia pendekatan yang bertujuan menyatukan semua pihak dalam menghadapi wabak dan krisis ekonomi negara.
PAS juga menyambut baik ruang tawaran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kepimpinan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
Pada ketika ini kita berada di bulan kemerdekaan negara. Kemerdekaan daripada menentang penjajahan seterusnya membangunkan negara. Marilah bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan demi negara tercinta.
YB Datoโ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
14 Muharram 1443| 22 Ogos 2021
#IslamMemperkukuhkanPerpaduan
#MalaysiaSejahtera
#MalaysiaPrihatin