Home Berita PAS Kedah

Pupuk kesedaran bahaya dadah kepada remaja

228
SHARE

SUNGAI PETANI – Remaja yang masih bersekolah antara golongan yang berisiko tinggi terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Oleh itu, Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) yang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (Kedah) bertujuan memastikan para pelajar didedahkan di peringkat awal akibat dan kesan penyalahgunaan dadah.

ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Fadzli Hashim yang hadir merasmikan program turut menzahirkan kerisauan penyalahgunaan dadah dikalangan remaja.

“Oleh itu, saya harap semua peserta yang mengikuti program ini mendapat ilmu pengetahuan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan dalam program ini antaranya perkongsian ceramah antidadah, aktiviti outdoor serta LDK Kemahiran Arsetif ,Latihan Dalam Kumpulan My Choise Is My Future, Bicara hati dan sesi bersama Ketua Daerah AADK Kuala Muda, Puan Arnida Bt Ishak.

Turut hadir, Encik Amran Othman Ketua Cawangan AADK Negeri Kedah.