Home Berita PAS Melaka

Puisi : MARA BANGSAKU

974
SHARE

PUISI : MARA BANGSAKU

Diremang kelam sirna
Mentari akan tetap memancar
Mengendong harapan besar
Masa depan sebuah bangsa

Saat petualang mendapat kuasa
Kerana ingin dipuji sebagai insan mulia
Habis dilelong khazanah milik bangsa
Walhal yg ada ditangan pun tak seberapa

Luka itu terlalu dalam
Membengkak di zaman kelam
Dihambur musibah dan ujian
Kita akan terus berjalan ke hadapan
Sehingga bertemu jalan kebenaran
Jalan menuju kejayaan

Mara bangsaku terus maju
Mewarisi kegemilangan nenek moyang mu
Membawa kemakmuran untuk semua
Kita akan memimpin dunia

Mara kita berarak gempita
Segagah banjaran titiwangsa
Seharum mawar sewangi cempaka
Seluruh negara serata dunia
Jangan sekali berputus asa

Dirgahayu wahai bangsaku
Dipayungi daulat Raja Melayu
Dinaungi Islam agama yg satu
Dilindungi Allah tuhan yg tiada sekutu
Berjuanglah bersama restu

IBNU JANIE – KAJANG – 8 NOV 2018