Home Artikel PAS Pusat

Katalog Karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Siri 1

609
SHARE

KATALOG KARYA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANGSiri 1 (Setiap Rabu)

Oleh Mohd Fadli Ghani
https://m.facebook.com/mohdfadlighani

ISLAM TULEN, PENERBITAN GEDUNG UMMAH, MARANG (1984)

Buku ISLAM TULEN adalah sebuah antologi khutbah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disampaikan antara 1980 hingga 1982. Ia mengandungi 11 buah khutbah yang berkisar tentang isu aqidah dan pemikiran, isu-isu politik Islam antarabangsa, sejarah kejatuhan umat dan juga tanda-tanda akhir zaman. Ia pada asalnya adalah siri-siri khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya yang disampaikan di Masjid Rusila, Marang. Antologi khutbah ini pada asasnya mendedahkan pergolakan umat Islam yang berhadapan dengan ancaman pemikiran seperti gerakan komunis, thoghut, peranan munafik dan gerakan pemurtadan, selain keganasan yang dilakukan ke atas umat Islam yang berlaku pada setiap zaman. Di samping itu, kebanyakan manusia suka menggunakan akal secara salah untuk menyesatkan orang lain melalui ideologi dan pemikiran falsafah yang tergelincir dari aqidah Islam. Atas dasar itulah, pesanan-pesanan Nabi SAW tentang tanda-tanda akhir zaman menjadi peringatan berguna kepada umat bahawa di hadapan mereka terdapat cabaran yang sangat besar. Perasaan kasihkan Allah dan keikhlasan dalam beramal merupakan sifat penting orang beriman dalam menghadapi pergolakan akhir zaman. Dan ia menjadi pemangkin utama kepada kebangkitan semula ummah.

MAKLUMAT BUKU:

Nama buku: ISLAM TULEN
Penerbit: Penerbitan Gedung Ummah, Marang, Terengganu
Tahun terbit: 1404H (1984)
ISBN: Tiada
Kulit: Lembut
Muka surat: 138 ms
Saiz: 20.5 cm x 14 cm
Status: Langka (nadir)
Sumber untuk rujukan: Maktabah al-Balaghul Mubin

MOHD FADLI GHANI
Instutut al-Balaghul Mubin
5 Jamadil Awal 1441
1 Januari 2020