Home Berita PAS Kelantan

PRU 15: Penglibatan anak muda dalam politik perlu diperluas

85
SHARE

KOTA BHARU, 18 Oktober: Penglibatan anak muda dalam politik kini dapat dilihat apabila mereka boleh bersuara, menyatakan sikap dan teguh pendirian khususnya dalam menunjukkan keinginan terhadap sesuatu perkara dengan wawasan yang jauh. Demikian kata Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan Zulkifli Mamat.

Walau bagaimanapun, melalui konsep Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan (UMI) yang telah diterapkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, terbukti konsep itu memberi contoh yang baik kepada anak muda ke arah arus kemajuan dan pembangunan yang ada di Kelantan dan di Malaysia.

“Kita di Kelantan sejak dari dulu lagi sentiasa memberi sokongan dan mendukung mana-mana anak muda yang ingin melibatkan diri dalam politik kerana kita tahu ramai dalam kalangan anak muda kita berpendidikan tinggi, malah mereka ini boleh berfikir dengan bijaksana.

Pada saya, mereka yang diugut, dinafikan hak dan ditukar tempat kerja kerana komited dengan PAS, amatlah mengharapkan agar tidak mematikan keputusan ataupun pegangan yang telah diambil itu,” katanya dalam wawancara Bicara Siasah Jumaat lepas.

Jelasnya, anak muda hendaklah teguh bersama PAS dan berharap dapat mengatasi tekanan politik yang wujud dari dalam dan luaran kerana hasil penerapan ajaran Islam yang dibuat menerusi kuliah, program-program dan seumpamanya sehingga mereka terbukti tahan diuji biarpun kepentingan duniawi disekat.