Home Berita PAS Kedah

PROTAPAS jana pelapis pejuang islam

106
SHARE

KUALA KEDAH – Pelbagai mekanisme yang dijalankan PAS dalam membentuk dan melahirkan pelapis baru dalam perjuangan Islam.

Bukan mudah pada era globalisasi ini untuk melahirkan generasi Islam sejati. Pelbagai mehnah dan cabaran bakal dihadapi.

Namun, ia bukanlah halangan bagi PAS Kawasan Kuala Kedah untuk mencetak lebih ramai generasi muda yang bersemangat serta faham tentang fikrah perjuangan PAS.

Ia dapat diyakini lagi apabila PAS Kawasan Kuala Kedah telah pun berjaya menganjurkan program PROTAPAS 2022. Kira-kira 30 orang peserta terlibat terdiri daripada anak-anak ahli PAS di setiap peringkat, telah menceburkan diri dalam program tersebut di Markaz PAS Kuala Kedah.

Perancangan program yang dilaksanakan diantara Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah, dilihat berkesan serta berhasil memupuk lebih ramai anak-anak muda bagi mencintai dan menyelami Islam dengan lebih mendalam.

YDP PAS Kawasan Kuala Kedah, Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi sempat berkongsikan objektif program dalam ucapannya.

“Anak-anak dihadapan saya ini lah yang telah pun memulakan langkah sebagai pengganti tampuk perjuangan pada masa hadapan. Secara langsung, kita dapat menyusun dan membentuk pelapis kepimpinan nanti.

“Oleh sebab itu jugalah, saya sentiasa tekankan bahawa amilin PAS yang terlibat secara langsung dengan jemaah PAS di peringkat Cawangan, Kawasan dan mana peringkat sekalipun hendaklah memastikan anak-anak ahli juga didedahkan dengan program jemaah.” katanya.