Home Melaka

Pena editor Melaka | Bon Odori : Nak guna fatwa Ustaz Buddhakah?

554
SHARE

BARU-BARU ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ustaz Idris Ahmad telah mengeluarkan nasihat agar umat Islam tidak melibatkan diri dalam dalam pesta Bon Odori yang dianjurkan di beberapa buah negeri di Malaysia.

Menurut Ustaz Idris perayaan itu mengandungi unsur keagamaan agama lain yang jelas tidak boleh dihadiri oleh orang Islam. Malah kenyataan ini disokong oleh beberapa orang mufti.



Lalu ramailah tokoh-tokoh bukan Islam yang menyangkal kenyataan ini dan menyatakan bahawa ia bukan ritual keagamaan. Mereka kata tidak sepatutnya orang Islam dilarang daripada menyertai perayaan ini.

Eh, kau dah kenapa? Berapa tahun kau belajar tentang agama Islam? Ini agama Islam. Biar orang Islam yang tentukan halal haramnya. Tak perlu nak jadi lebih pandai daripada ahli agama kami!

Sudah tentu ahli-ahli agama kami ada prinsip dan kaedah untuk menentukan sesuatu hukum berdasarkan prinsip dalam agama kami yang kamu tidak faham.



Mengapa sukar untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh tokoh agama Islam untuk perkara yang melibatkan agama Islam? Mengapa perlu mengajar orang Islam tentang agama Islam?

Bagaimana pula jika orang Islam pula yang menasihatkan kamu tentang cara kamu beribadat atau melaksanakan agama kamu, tentu kamu juga marah!

Kalau ini berlaku saya pasti pemimpin PAN yang pertama akan marah kerana kita masuk campur dalam urusan agama bukan Islam. Kadang-kadang saya pun tak pasti saya tinggal di Jepun atau di Malaysia.



 

Dan tak perlu mengugut kononnya jika larangan ini diteruskan maka akan menakutkan para pelabur dan mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Jepun! Eh, jangan nak bodoh-bodohkan oranglah!

Puak-puak ni kalau dibiarkan mungkin satu hari nanti kita pula dipaksa makan babi jika mahu bawa masuk pelabur dan kekalkan hubungan dengan Jepun, China, Taiwan, Hong Kong!

Mereka sibuk mengajar kita agar menghormati hak dan agama mereka dalam masa yang sama mereka menginjak-injak hak agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia!

IBNU JANIE
Ketua Editor
Berita PAS Melaka