Home Berita PAS Kedah

Proses vaksinasi bergerak (outreach) digerakkan di seluruh negeri Kedah

46
SHARE

KUALA KETIL, 25 Julai : Pasukan ‘Mobile Outreach’ untuk program vaksinasi COVID-19 di pondok pondok pengajian sekitar Baling dapat memberi impak positif dalam proses pemberian vaksin bagi golongan yang berisiko tinggi yang mungkin uzur dan sukar untuk bergerak ke pusat pemberian vaksin (PPV), kata Ecxo Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman.

Beliau berkata proses vaksinasi bergerak (outreach) akan digerakkan di semua daerah yang memerlukan pendekatan tersebut dan dikendalikan oleh CITF daerah daerah di seluruh negeri Kedah.

Dato Dr Mohd Hayati Othman berkata demikian ketika Hadir ke Madrasah Misbah Al Falah (Pondok Lanai), Parit Panjang Kuala Ketil bagi merasmikan program Vaksin Mobile, PPV Outreach Daerah Baling.

Hadir sama meraikan vaksin mobile sebentar tadi YB Mejar (B) Mansor Zakaria, Adun Kuala Ketil dan Tuan Hj Mohd Shahadan Haji Abdullah Pegawai Daerah Baling.