Home Berita PAS Kelantan

Projek PLSB: Peruntukan tambahan RM200 juta diluluskan

37
SHARE

KOTA BHARU, 18 April: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Seri Mustapa Mohamed memaklumkan pihaknya telah meluluskan peruntukan tambahan bernilai RM200 juta menerusi projek Fasa Satu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Jeli, secara umum projek berkenaan berjalan lancar dan dijangka siap pada Julai depan untuk menyelesaikan masalah banjir khususnya di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Gual Periuk dan DUN Meranti.

“Menerusi projek ini, pada awalnya kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM465 juta. Namun terdapat permohonan peruntukan tambahan daripada Jabatan Pengairan Saliran (JPS) bagi mengatasi masalah banjir di dua DUN berkenaan dan kita meluluskan sebanyak RM200 juta menjadi nilai keseluruhan sebanyak RM665 juta,” katanya selepas menghadiri taklimat status projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Bilik Gerakan MABNA Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Kaya Setia Nazran Muhamad dan Exco Kerjaraya, Infrasrtuktur dan Utiliti, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor.