JERAI, 26 Mei 2021: Seawal pagi lagi YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat turun ke lapangan meninjau sendiri masalah penduduk kampung yang terlibat dengan projek penempatan banjir MADA. Isu saliran kok U menjadi keutamaan untuk diselesaikan bersama agensi kerajaan.
Kemudian meninjau pula kawasan yang terlibat dengan Projek tebatan banjir di Dulang yang dimaklumkan akan mengganggu petani untuk mendapatkan keperluan air bagi mengairi tanaman mereka.
Alhamdulillah pihak Jurutera Jabatan Parit dan Saliran memaklumkan bahawa pihak kontraktor telah masuk ke kawasan tapak projek bagi mengatasi masalah tersebut, dan akan ada lagi tindakan susulan selepas ini.
Lawatan turut disertai oleh Penyelia DUN En Hilmi Saleh , Hj Ismail Zain JPKK Dulang Kechil, Bang Zun JPKK Dulang Besar serta Mohamad Hasbullah Daud Ketua Unit Mada serta Sdr Noaki-chan Hapipi Ahli Majlis Daerah Yan.
Penduduk mengharapkan kerja kerja tambahan dipercepatkan supaya tidak mengganggu jadual penanaman padi tidak terganggu.
Alhamdulillah semua aduan aduan ini dapat diangkat semula untuk pengetahuan Jurutera Jabatan Parit dan Saliran daerah yang terlibat.
Selesai perbincangan di tapak projek sekali lagi bersama Pengerusi JPKK Dulang Kechil Hj Ismail Zain dan kontraktor melawat Dewan Masjid lama Dulang Kechil yang diluluskan pembaikkan kecil membaiki syiling masjid sebagaimana dimaklumkan kerja-kerja pembaikkan ini akan dilaksanakan
esok agar dapat disiapkan secepat mungkin bagi kemudahan anak qariah, semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan.