Home Berita PAS Melaka

Program ziarah PN Jasin santuni mantan Ketua Hakim Syarie Malaysia.

467
SHARE

Oleh : Abu Anas

JASIN, 7 Feb : Program Ziarah Perikatan Nasional (PN) Jasin berkunjung ke kediaman mantan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang juga mantan Ketua Hakim Syarie Malaysia, Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut di Kampung Air Merbau, di sini, pagi tadi.

Ziarah ini diketuai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek dan Ketua Bahagian BERSATU Jasin, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Menurut Ustaz Kamarudin, selain bertanya khabar, kunjungannya itu adalah untuk mendapatkan nasihat dan pandangan Dr. Ibrahim khususnya untuk memperkukuhkan Perundangan Syariah di Melaka.

“Walaupun Tan Sri sudah bersara sejak Ogos 2017, pengalaman luasnya dalam bidang Perundangan Syariah sangat kita hormati.

‘Secara peribadi tadi saya sendiri minta Tan Sri sekiranya ada pandangan-pandangan untuk memperkukuhkan bidang Syariah terutama undang-undang berkaitan menyekat penyelewengan akidah di Melaka, saya sudi menerimanya untuk diperhalusi pihak MAIM,” ujar beliau.

Ustaz Kamarudin yang juga merupakan Penasihat Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Ibrahim sekeluarga kerana menerima kunjungannya bersama pimpinan PN Jasin.

Untuk rekod Dr Ibrahim pernah menerima Tokoh Utama Maal Hijrah Melaka pada tahun 1437H/2015M.