Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 329 kes baharu!

211
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 6 Feb : 329 kes baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dalam satu hantaran di laman Telegram rasminya sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 329 kes itu, 303 daripadanya adalah kes tempatan, tiga kes Import B sementara 23 lagi kes banduan/OKT/PATI.

Tambah laporan itu lagi, berdasarkan daerah, daripada 329 kes itu, 55 kes dikesan di Melaka Tengah, sembilan kes di Alor Gajah sementara 265 kes lagi dikesan di Jasin.

Sementara itu dua kes kematian baharu Covid-19 dilaporkan hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 80 tahun dari mukim Ujong Pasir dan seorang lelaki berusia 63 tahun dari mukim Kemuning yang mana kedua-duanya ada menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

JKNM juga melaporkan sebanyak 1292 kes masih dirawat di Hospital Melaka dan PKRC hari ini termasuk 11 kes ICU sementara lapan kes lagi dibantu dengan alat penafasan.

Bagi status zon-zon untuk mukim-mukim dalam Negeri Melaka pula, bagi daerah Alor Gajah, daripada 31 mukim, enam mukim berada di zon hijau, 24 mukim lagi berada di zon kuning, tiada mukim berada di dalam zon jingga manakala satu mukim dalam zon merah iatu mukim Sungai Baru Tengah (79 kes)

Bagi daerah Melaka Tengah pula, daripada keseluruhan 29 mukim, satu zon hijau; 19 mukim di dalam zon kuning; tiga mukim di dalam zon jingga; dan enam mukim lagi di dalam zon merah iaitu mukim Bachang (101 kes), Bandar Melaka (66 kes), Batu Berendam (82 kes), Bukit Baru (83 kes), Bukit Katil (47 kes) dan Sungai Udang (60 kes).

Bagi daerah Jasin pula, daripada 21 mukim, empat adalah di dalam zon hijau; 14 adalah dalam zon kuning; dua mukim dalam zon jingga dan satu mukim dalam zon merah iaitu Serkam (572 kes).

JKNM turut mengumumkan bahawa Kluster Rambai diisytiharkan tamat hari ini, sementara kluster lain yang masih aktif di Negeri Melaka ialah Kluster Telok Mas, Kluster Anak Air, Kluster Teknologi Kesidang, Kluster Dialisis Malim, Kluster Tembok Kemus, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Jalan Usaha, Kluster Bukit Sebukor, Kluster Serkam Tengah, Kluster Tembok Sungai Udang, Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Bukit Palah, Kluster Jalan Kejora, Kluster Jalan Masjid Tanah dan Kluster Industri Serkam, sementara kluster negeri lain yang melibatkan Melaka pula ialah Kluster Jalan Harapan dan Kluster Tanjung Megah.

Kementerian Kesihatan Malaysia pula melaporkan sebanyak 3847 kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Selangor hari ini masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri dengan mencatat sebanyak 1481 kes, diikuti oleh Johor yang mencatatkan 585 kes.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sehingga kini keseluruhan kes dicatatkan di Malaysia berjumlah 238,721 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.