Home Berita PAS Kedah

Program sumbangan dari Kerajaan Negeri kepada golongan asnaf

108
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 28 Dis – Sejumlah 200 beg Beras Sejahtera beserta pek makanan sumbangan dari Kerajaan Negeri telah di agihkan kepada golongan asnaf di DUN Kuala Nerang baru-baru ini.

Sumbangan telah di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria bersama Yang DiPertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz di perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Kuala Nerang dan Masjid Padang Sanai.

Menurut kenyataan YB, selain ziarah dan edaran ke rumah penerima, penerima boleh mendapatkan barang-barang tersebut di pejabat PKWR, dewan, masjid, surau, bangunan Pasti dan lain-lain tempat.

Dalam ucapan ringkas Ustaz Mohd Azam, sumbangan Beras Sejahtera ini tanda prihatin kerajaan negeri dan hasil daripada kebijaksanaan dalam pentadbiran dapat mengamalkan budaya berjimat cermat.

“Selain itu kita di kurniakan seorang Adun yang sentiasa cakna rakyat dan bersyukurlah pada Allah atas nikmat yang di kurniakan oleh Allah”, tambah beliau lagi.

Menurut YB Munir pula, sumbangan ini di beri tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Hasil penjimatan belanja berhemah, beramanah dan sifat taqwa pada pimpinan, Allah kurniakan rezeki di Kedah dengan mencapai pelaburan tertinggi di Malaysia sejumlah RM44 billion serta rizab simpanan wang RM660 juta”, ujar YB lagi.

“Sumbangan Beras Sejahtera ini tanda prihatin kerajaan negeri kepada rakyat dan hasil daripada kebijaksanaan dalam pentadbiran dapat mengamalkan budaya berjimat cermat.

Turut hadir YDP Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, Tuan imam, JPKK, Ahli Jawatankuasa PKWR serta yang terlibat.