Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Program edaran bantuan Khidmat Malaysia Masjid Tanah ke Jelebu

200
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 27 Dis: Khidmat Malaysia (KM), PAS Kawasan Masjid Tanah  telah menjalankan misi luar pertama bantuan banjir ke Jelebu, Negeri Sembilan, hari ini.

Turut serta dalam program ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengerusi KM PAS Kawasan, Ustaz Azmi Sambul, Bendahari PAS Kawasan, Cikgu Abu Hashim Abdul Samad, Ketua Cawangan PAS Cherana Putih, Dr Azman Yusof dan beberapa orang lagi AJK PAS.

Berikut ialah antara foto-foto menarik yang terakam di LENSA WARM :

Team Khidmat Malaysia (KM) PAS Masjid Tanah bertolak ke Jelebu.

Dalam perjalanan tiba-tiba sebuah kereta di hadapan konvoi KM PAS Masjid Tanah mengalami kerosakan.

Bertemu dengan petugas-petugas PAS di Bilik Operasi Banjir PAS Jelebu di PASTI Al Biruni, Taman Bukit Kempas, Kuala Klawang

Mula mengedarkan bantuan di Kampung Sawah Liat, Bandar Tinggi dan Ulu Jelebu, di Kuala Klawang Daerah Jelebu.

Melihat kesan banjir. Sebuah jambatan hampir runtuh dilanda banjir.

Terserempak dengan program edaran bantuan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad di Masjid Lama Kuala Klawang.