Home Berita PAS Kelantan

Program Smartstart, beri ilmu keibubapaan untuk pasangan baru kahwin

63
SHARE

KOTA BHARU, 4 September: Pelaksanaan program pra perkahwinan Smartstart bagi membantu menangani konflik rumah tangga memanfaatkan 28,712 pasangan suami isteri.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, program tersebut memberi keutamaan kepada ilmu keibubapaan serta bagaimana cara untuk mengatasi tekanan selepas berkahwin.

“Mana-mana pasangan yang ingin berkahwin, mereka perlu tambah ilmu supaya lebih memahami berkaitan tanggung jawab yang perlu dijaga bukan di dunia sahaja, malah di akhirat juga.
Tetapi jika kita amati ramai sahaja pasangan yang telah berkahwin mereka bahagia, suka dengan kehidupan berpasangan, dan peratusan yang tidak bahagia amat kecil,” katanya pada program Bicara Siasah membincangkan tajuk ‘Wanita dan Kemerdekaan melalui laman Legasi Tok Guru baru-baru ini.

Sementara itu, ulasnya program ini telah dimulakan sejak tahun 2006 lagi yang dikhaskan kepada pasangan yang akan berkahwin dan baru berkahwin dalam tempoh satu hingga lima tahun akan datang.

Justeru itu, program yang dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertujuan mengurangkan peratusan perceraian supaya kehidupan perkahwinan yang melibatkan usia muda dapat berkekalan dalam mengharungi dugaan dan cabaran yang mendatang.