Home Berita PAS Johor

Program Singgah Sahur Ceriakan Para Petugas

953
SHARE

PASIR GUDANG, 3 JUN 2017– Program Singgah Sahur anjuran PAS Kawasan Pasir Gudang dan Badan NGO PG Care telah bergerak pagi tadi bermula jam 2 hingga 4 pagi.

Melalui program ini, juadah bersahur telah diedarkan ke 3 buah balai Polis dan balai Bomba, 3 buah hospital swasta, pusat pengajian tinggi UNIKL dan beberapa buah sekolah sekitar Pasir Gudang termasuk sebuah sekolah MRSM .

Sementara itu, Ketua program Sdr. Abd. Aziz Addullah selaku NYPD PAS Kawasan Pasir Gudang merangkap pengerusi PG Care telah menyerahkan 100 bungkusan untuk bersahur kepada semua tempat-tempat yang disinggahi.

“Program ini merupakan salah satu cara PAS Kawasan Pasir Gudang bagi menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan semua anggota yang bertugas dalam usaha memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk dapat dikekalkan”, ujar wakil PAS yang terlibat.

Di samping itu, seramai 20 orang sukarelawan PAS bersama PG Care turut membantu program bersahur tersebut.

Malah, ini juga merupakan kesempatan terbaik untuk PAS kawasan menjalin hubungan rapat serta saling mengenali antara satu sama lain di samping menzahirkan penghargaan terhadap komitmen mereka melaksanakan tugas.

Semoga program ini menambahkan lagi keberkatan bulan Ramadhan selain ibadah puasa di siang hari.

{jathumbnail off}