Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kes Bunuh Pelajar UPNM : Undang-Undang Sudah Tidak Dihormati?

767
SHARE

 

Kenyataan Ameerah Malaysia

1. Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kes buli yang serius sehingga menyebabkan kematian melibatkan mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman. Allahyarham dilaporkan didera dengan seterika wap kerana dituduh mencuri komputer riba. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

2. Ameerah Malaysia turut bersedih atas kejadian ini dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan atas kehilangan insan tersayang dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.

3. Ameerah Malaysia memandang tragedi ini dari sudut sebuah perspektif penting iaitu : kewujudan masyarakat yang meletakkan undang-undang di tangan sendiri

4. Sepertimana kejadian pukul beramai-ramai sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di sebuah pasaraya di Kedah kerana dituduh mencabul, kes menimpa Allahyarham Zulfarhan dilihat ada persamaannya. Terdapat segelintir masyarakat yang meletakkan undang-undang di tangan sendiri dengan terus bertindak menjatuhkan hukum tanpa mengambil kira tuduhan itu terbukti benar atau sebaliknya.

5. Islam melarang manusia dari melakukan kerosakan dan kezaliman. Kerosakan dan kezaliman mengundang murka Allah dan azab di akhirat serta menimbulkan banyak masalah, kesusahan dan penderitaan kepada manusia lain. Allah berfirman
” Dan mereka berusaha (menimbulkan) kerosakan di muka bumi. Dan Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan. “
(Hujung ayat 64 surah Al-Maidah)

6. Perbuatan meletakkan undang-undang di tangan sendiri adalah melanggar prinsip undang-undang Islam mahupun undang-undang sivil. Ia boleh membawa kepada kerosakan dan kezaliman yang dilarang keras oleh Islam. Undang-undang Islam mahupun undang-undang sivil mewajibkan penyediaan bukti yang kukuh sebelum seseorang itu disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman. Namun semua ini mestilah terlebih dahulu melalui cara yang betul iaitu dibawa untuk diadili di Mahkamah. Hatta dalam sejarah Islam, seorang Ketua Negara bergelar khalifah pun perlu hadir ke Mahkamah untuk membuktikan tuduhannya ke atas seorang rakyat awam. Hukuman tidak terus dijalankan secara semborono tanpa siasatan dan perbicaraan.

7. Satu demi satu kisah mangsa teraniaya di tangan masyarakat yang tenggelam dengan emosi sangat merunsingkan kita. Oleh kerana itu, Ameerah Malaysia berharap pihak Kerajaan Malaysia dapat melakukan satu kajian terperinci seterusnya disusuli dengan tindakan penyelesaian segera berikutan isu ini, kerana dikhuatiri masalah yang timbul ini adalah susulan semakin pudarnya keyakinan rakyat terhadap sistem penguatkuasaan undang-undang negara ini sehingga mendorong mereka meletakkan undang-undang di tangan sendiri. Sikap prihatin masyarakat terhadap jenayah tidak seharusnya mendorong masyarakat turut menjadi penjenayah.

Semoga semua pihak memandang serius tragedi ini dan mengambil iktibar daripadanya.

” SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

” PENERAJU POLITIK ISLAM WANITA MUDA”

SAUDARI HUSNA HASHIM
Pengarah Ameerah Malaysia
Muslimat Muda PAS

10 Ramadhan 1438H/ 5 Jun 2017M

#AmeerahMalaysia
#Husnahashim

Jemput Subscribe Media Rasmi Kami :

Subscribe Messenger Gram
https://telegram.me/AmeerahMalaysia
@AmeerahMalaysia
Like Twitter Ameerah Malaysia
https://www.twitter.com/AmeerahMalaysia
Like Facebook Ameerah Fan Club
https://www.facebook.com/AmeerahMalaysia
Follow Instagram Ameerah Fan Club
https://www.instagram.com/Ameerah_Malaysia_Official

 

{jathumbnail off}