Home Berita PAS Kedah

Program santai bersama penduduk Kampung Imam salur bantuan kerajaan negeri

122
SHARE

Oleh SYIFA BAKRI

AYER HITAM, 8 Nov – ADUN Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim bersama-sama dengan pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKK) terlibat dalam melaksanakan program santai bersama penduduk Kampung Imam di Masjid Al-Rahmah, Kg Imam, Padang Perahu, Khamis lalu.

Program ini bertujuan untuk memberikan penerangan berkaitan peruntukan bantuan kerajaan negeri kepada rakyat Negeri Kedah disamping menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang layak.

YB Azhar Ibrahim menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada anak yatim dan yang memerlukan, sumbangan khairat kematian, sumbangan kerusi roda dan sumbangan beras sejahtera kepada mereka yang hadir.

Turut hadir, Ustaz Abdul Hadi Omar , Ketua Pegawai Operasi (COO) Urusetia Penerangan Darul Aman merangkap Pengarah PKWR DUN Ayer Hitam yang dijemput untuk memberikan penerangan berkaitan peruntukan kerajaan negeri Kedah.

“Semoga dengan program seperti ini dapat membuka mata rakyat untuk lebih peka dengan segala bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah, InsyaAllah”, katanya.