Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Program Qurban PAS Negeri Sembilan disambut meriah

151
SHARE

Oleh : Faizah MY

SEREMBAN : Dalam keadaan perlu mematuhi SOP yang digariskan kerajaan, program Qurban dan Aqiqah anjuran PAS Negeri Sembilan dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS  Seremban serta PAS DUN Lenggeng tetap meriah.

Sebelum program Qurban dilaksanakan, Ustaz Khairil Wafa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mengimamkan dan memberi khutbah Hari Raya Aidiladha di Kompleks PAS Negeri Sembilan.

Sebanyak 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing diagihkan kepada asnaf di 9 UDM di DUN Lenggeng,, di mana setiap UDM seramai 6 orang asnaf menerima daging qurban.

Agihan dibuat oleh LKK PAS Seremban melalui Ketua UDM di DUN Lenggeng.

Antara pimpinan Negeri Sembilan yang turut  hadir, Tuan Haji Rafiei Mustapha, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ustaz Khairil Wafa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, PSU Perhubungan, Saadah Dahalan, KUU Seremban, Ustaz Rahmat Mukhtar, Setiausaha PAS Kawasan Seremban dan Hj Yahaya Othman (LUHAM) selaku Pengarah program.

Solat sunat Aidiladha

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atau tidak terlibat secara langsung pada program Qurban tahun ini.

Semoga usaha yang dibuat dapat menceriakan asnaf yang menerima dan semua amalan yang dibuat diberkati Allah.

#PasForAll
#kebajikanuntuksemua
#wecarekamiprihatin