Home Artikel PAS Wilayah

Aidiladha Disambut Dalam Kebakaran

143
SHARE

Aidiladha Disambut Dalam Kebakaran

Oleh: Dhiya’ Muttmainnah

BUKIT BINTANG – Sebuah rumah di Loke Yew ranap dijilat api ekoran daripada litar pitas yang berlaku semalam di sini.

Rusmah, antara mangsa kebakaran tersebut menyifatkan litar pitas yang berlaku adalah di luar kawalan mereka dan api marak dengan begitu pantas sehingga menyebabkan rumah mereka terbakar secara keseluruhan.

Lebih menyedihkan kejadian berlaku saat seisi keluarga sedang membuat ketupat sebagai persiapan bagi menyambut hari raya aidiladha kali ini bersama keluarga tersayang.

PAS Kawasan Bukit Bintang turut hadir membantu semampunya bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dengan kebakaran yang berlaku.

Antara yang hadir adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Haji Mohd Azemi Azman Johari, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Mohd Rashidi Razak dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Rumah lain yang berhampiran juga turut terjejas dengan kebakaran yang berlaku dengan kesan kebakaran kira-kira 20 peratus hingga 50 peratus daripada keadaan asal rumah namun tetap memberi kesan kepada penghuni sekeluarga.

Semua mangsa kebakaran yang terlibat telah dipindahkan ke penempatan sementara di Dewan Perumahan Awam Hang Tuah, Bukit Bintang.