Home Artikel PAS Sabah

PASTI Kalabakan anjur Qurban Perdana sempena Aidiladha 1441H.

206
SHARE

Oleh : Asikin Ahmad

02 Ogos 2020

TAWAU : PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan telah menganjurkan Program Qurban Perdana bertempat di Taman King Fook Tawau pada 11 Zulhijjah 1441H.

Program tersebut diketuai oleh Usman Madeaming selaku pengurus PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan.

Sebanyak 8 ekor lembu disembelih seawal pagi. Agihan daging qurban yang telah dilapah serta ditimbang diedarkan kepada golongan asnaf serta masyarakat setempat.

Turut hadir program tersebut, Razman Roslee selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kalabakan, Norjannah Jam Jam selaku Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kalabakan dan para petugas serta peserta qurban.

Usman Madeaming mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang terlibat dalam Ibadah Qurban pada tahun ini, khususnya kepada yang terlibat dalam Program Ibadah Qurban peringkat PASTI Kawasan Kalabakan yang diadakan setiap tahun.

Beliau berkata, program sembelihan pada tahun ini dilaksanakan dengan jayanya dengan mematuhi SOP yang telah tetapkan.