TEMANGAN, 19 Sept: Pprogram pemberian vaksin diteruskan lagi hari ini untuk dos kedua yang berlangsung di Dewan Dato’ Hj. Hassan, Pusat Khidmat ADUN Temangan yang melibatkan seramai 500 orang penerima dari sekitar DUN Temangan.
ADUN Temangan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli turut hadir bagi meninjau perjalanan program tersebut.
“Terima kasih diucapkan kepada para doktor dan kakitangan KKM Daerah Machang yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Begitu juga kepada para pembantu dari Jabatan Amal dari Dewan Pemuda PAS Machang, Ameerah dari Muslimat PAS Machang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Briged Muslimat PAS Kawasan Machang, dan semua yang terlibat”.