SEMERAK, 15 Jun: Hari ini telah berlangsung Program Pemberian Vaksin bagi dos perama bagi DUN Semerak dan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar.
Seramai 300 orang hadir ke Pusat Khidmat DUN Semerak hari ini. ia menunjukkan tanda positif bahawa rakyat Kelantan amnya dan Semerak khususnya, ingin mengambil vaksin dengan kadar segera.
ADUN Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim yang sentiasa mencaril inisiatif bagi memudahkan dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat DUN Semerak. Turut hadir di Pusat Pemberian Vaksin ini ialah YB Ustaz Dr Nik Zawawi Bin Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh.