Home Berita PAS Kedah

Program pecutan Skor A SPM peringkat Daerah Padang Terap

141
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 20 Nov – Pengerusi Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap (PRIHATIN), Ustaz Habibullah Salleh merangkap Ketua Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap menganjurkan Program Pecutan Skor A SPM peringkat Daerah Padang Terap, semalam.

“Program Pecutan Skor A SPM ini adalah untuk pelajar Tingkatan Lima dalam kalangan keluarga B40 di Padang Terap

“Dua tenaga pengajar ditempatkan di Pusat Komuniti Taman Kasturi iaitu Che Noranuwi Hamid dan Fadzil Aziz

“Program anjuran Pusat Komuniti Taman Kasturi, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang, Pejabat Pendidikan Daerah Padang Terap dan Lajnah Pendidikan PAS Padang Terap ini akan berjalan selama dua kali setiap bulan”, katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, YB Tuan Hj. Munir Hj. Zakaria yang hadir merasmikan program ini berharap agar usaha ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak Padang Terap.

“PKWR Kuala Nerang akan menanggung semua yuran penyertaan peserta program ini

“Dengan penyertaan secara percuma ini diharap dapat membantu mereka,In Sha Allah “, katanya

Antara pelajar sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad,Maktab Mahmud Padang Terap, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap, Sekolah Menengah Agama Darul Iktisam dan Sekolah Menengah Al-Khairiah.