Home Berita PAS Pahang

AJK Pemuda Indera Mahkota lawat PASTI Kawasan

162
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 20 Nov. :: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Indera Mahkota telah menerima lawatan dari Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota.

Lawatan kerja yang bermula dari 15 November hingga 1 Disember 2021 adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pencapaian PASTI setelah ianya beroperasi sejak bulan September 2021 yang lalu.

“Setakat ini kami telah melawat 13 buah PASTI, dan hasil dari lawatan tersebut rata-rata ibu bapa masih takut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana wabak Covid-19 yang masih belum dibendung sepenuhnya.

“Perkara ini menjejaskan pendapatan PASTI kerana ada sesetengah ibu bapa yang tidak membayar yuran PASTI setelah ianya beroperasi penuh,” kata Pengerusi PASTI Kawasan Indera Mahkota Muhamad Syakir Mohd Sampian.

Menurut beliau lagi pihak PASTI telah membuat penurunan kadar yuran sebanyak 30% semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan 50% semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, mengambil kira ramai di kalangan ibu bapa yang terjejas akibat Covid-19.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Indera Mahkota Ustaz Zulfadli Zakariah yang turut sama dalam lawatan tersebut menyampaikan sumbangan prihatin kepada guru-guru dan pelajar-pelajar PASTI yang telah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

“Di kesempatan ini, saya mengambil peluang menerangkan kebajikan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Skim KWSP i-saraan yang boleh dipohon oleh guru-guru PASTI.

“Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan mereka membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan,” tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya melahirkan rasa berpuas hati dengan pematuhan SOP yang dilaksanakan oleh pihak PASTI dan berharap agar pematuhan tersebut terus dipatuhi dengan sebaiknya.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini adalah Setiausaha PASTI Kawasan Indera Mahkota Ahmad Udanis Awal, dan Mantan Pengerusi PASTI Indera Mahkota Rahimi Roslan.

========================