Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Vaksinasi Merdeka Dos Ke-2 Kuala Krai

7
SHARE

KUALA KRAI, 21 Sept: Hari ini berlangsung program Outreach Vaksinasi Merdeka dos kedua di Dewan Kesedar, Pejabat KESEDAR Wilayah Kuala Krai.

Menurut Ahli APrlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman, seramai 948 penerima vaksin yang hadir pada hari ini.

“Jumlah ini sedikit berkurangan berbanding suntikan dos pertama pada 31 ogos yang lalu. Ini kerana terdapat beberapa individu yang berada dalam kawasan PKPD tidak dapat hadir untuk melengkapkan proses suntikan vaksin”.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada 130 petugas yang terlibat dengan memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar.

Abdul Latiff turut menyampaiakna ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ni.

Tambahnya lagi, dengan usaha ini diharap Kuala Kraidapat mencapai imuniti kelompok sebagaimana jadual yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.