Home Berita PAS Kedah

Program Outreach Vaksinasi Kebangsaan DUN Alor Mengkudu

97
SHARE

Oleh AZIZAH AKHILAH

ALOR SETAR, 15 Sept : YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah meninjau bagi memastikan Program Outreach Vaksinasi Kebangsaan DUN Alor Mengkudu di Sekolah Rendah Islam Sriti Tahfiz At-Taklimiah Alor Setar berjalan lancar.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan seluruh kakitangan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yang bertungkus lumus memastikan penduduk di dalam DUN Alor Mengkudu menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam.

 

Program ini adalah anjuran bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Daerah Kota Setar, Pejabat Penghulu Mukim Tajar dan Pengkalan Kundur dan juga Pejabat Penyelaras Dun Alor Mengkudu menyasarkan seramai 1002 penerima vaksin.

Turut hadir Dato Tn Haji Asri Redho ,Pegawai Daerah Kota Setar, Saudara Zakaria Sulaiman Penyelaras Dun Alor Mengkudu, Saudara Amran Penghulu Tajar serta seluruh jawatankuasa JPKK dan AJK Pas Kawasan.