Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Suntikan Vaksin di Mukim Mengkebang

145
SHARE

MENGKEBANG, 7 Ogos: Program Outreach Suntikan Vaksin Kuala Krai diteruskan di Mukim Mengkebang. Program kali ini merupakan kali ke-8 di Kuala Krai yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Mengkebang.

Program kali ini telah mencatat jumlah suntikan tertinggi iaitu sebanyak 1068 dos suntikan yang melibatkan penduduk RPT Mengkebang dan RPT Sungai Pas.

Setakat 5 Ogos 2021, Kuala Krai mencatat 42,934 untuk dos pertama manakala 27,052 telah melengkapkan dua dos.

Ahli Parlimen Kuala KRai, Abdul Latiff abdul Rahman meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin tersebut dan menyantuni penerima vaksin serta petugas-petugas disana.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini dan berharap dengan usaha yang berterusan ini sangat baik untuk menyahut hasrat kerajaan dan mencapai imuniti berkelompok dalam masa yang terdekat.