Home Berita PAS Kelantan

Program Outreach Suntikan Vaksin di Dabong

14
SHARE
DABONG, 1 Jun: Hari ini Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff berkesempatan turun bersama YB Ustaz Ku Zaki ke Kampung Mahligai bagi meninjau perjalanan Program Outreach Suntikan Vaksin. Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai dan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai yang diadakan di perkarangan Masjid Mukim Mahligai.
Program kali ini turut dihadiri oleh YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Ketua Jajahan Kuala Krai dan YDH Supt Suzaimi Mohamad, Ketua Polis Daerah Kuala Krai.
Seramai 700 orang yang berdaftar di sasarkan daripada Kampung Mahligai, Kampung Serasa, Sri jaya, Sri Bintang, Ingin Maju, Sungai Mala, Dusun Durian, Kuala Mahligai, Gua Chatak, Gua Senduk dan Banggul Ara.
Program Outreach ini merupakan yang ketiga di Kuala Krai selepas Kampung Bahagia dan Pasir Kelang.
YB Abdul Latiff mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesungguhan pihak PKD yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Hazura Mat Zubir dan HSIP yang diketuai oleh Timbalan Pengarah HISP, Dr. Izhar Shah Aiseri dalam program kali ini. Turut terlibat adalah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Pasukan Polis, Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai, Majlis Daerah Dabong, Pusat Khidmat ADUN Dabong serta Tok Ngulu, Tok Imam Lie dan masyarakat setempat yang menjayakan program ini dengan baik.