Home Berita PAS Johor

Program Mesra Rakyat dan Derma Darah bersama Ahli Majlis (MPM) Zon 8

324
SHARE

Oleh: Sharifah Ajil

MUAR : Program derma darah anjuran bersama Ahli Majlis MPM Zon 8, Tuan Haji Abd Aziz Talib dengan kerjasama pihak Hospital Pakar Sultanah Aminah telah diadakan di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah.

Program telah berjaya diadakan dengan penglibatan masyarakat dari pelbagai bangsa, di sini kelmarin.

Seramai 57 orang yang layak telah berjaya menderma darah daripada lebih 80 orang peserta yang datang mendaftar.

Turut menderma ialah golongan asnaf yang juga turut mendapat sumbangan bakul makanan daripada pihak penganjur.

Menurut pengarah program, Ustaz Ridzuan Nazri, program ini diadakan kerana rasa bertanggungjawab membantu pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang berhadapan dengan isu memenuhi keperluan stok darah dari penderma.

Diadakan juga kaunter daftar pemilih untuk membantu para anak muda yang sudah berusia 21 tahun dan layak mengundi untuk mendaftar nama.

Hadir sama meraikan program ialah pimpinan Perikatan Nasional, Timbalan Yang Dipertua PAS, Cikgu Cheman Yusoh, Naib Yang Dipertua, Dr Mohamad Taslim, Pengerusi Bahagian Bersatu, Basut Nin, Ketua MIC, Kamal Nathan dan Ketua Pemuda Umno, Mohd Helmy Ismail.