Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Anak ahli PAS terima sumbangan laptop

334
SHARE

oleh : Faizah Yusof

Adik Nor Shahidah mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah, UKM. (penerima laptop)

SENALING – Ziarah prihatin Lajnah Kebajikan PAS Kuala Pilah diketuai Puan Norfaizah Mohd Yusof, menyampaikan hasrat Ustaz Muhamad bin Abd Razak yang dikenali Ustaz ‘Mad’ (OKU Fizikal) sebuah laptop buat anak keduanya yang kini belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

‘Anak minta beli laptop, tapi Rajo ey lom ado laie’, ujar Ust ‘Mad’ pada kami.

Beliau yang bekerja sebagai guru Kafa dan guru takmir di Senaling juga mempunyai seorang anak yang sedang belajar di Universiti Malaya.

Beliau juga telah mendaftarkan 5 orang ahli keluarganya menjadi ahli PAS hari ini.

Beliau juga bercadang untuk menubuhkan PAS Cawangan Kampung Maasop Senaling.

Turut hadir menyampaikan sumbangan laptop ialah Pengarah Pilihanraya JPNNS, Ustaz Mahmuda Aliman.