Home Artikel PAS Kedah

Program makan durian amal Pemuda PAS Kedah Meriah

482
SHARE

Dengan hanya bayaran RM25.00, orang ramai dapat merasai keenakan raja buah (Durian) pelbagai jenis dan buah-buahan tempatan yang lain dalam program Jom Makan Durian dan Buah-buahan Tempatan amal pemuda PAS Kedah baru-baru ini.

Program yang diadakan ini melalui anjuran Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan yang telah menarik minat masyarakat setempat dan luar Alor Setar termasuk masyarakat bukan melayu.

Program yang berlangsung pada 13 Julai yang lalu bertempat di D’Awangan Alor Setar.

“Program ini adalah sebagai Khidmat Masyarakat Dewan Pemuda PAS Kedah selain sebagai penjanaan ekonomi. Orang ramai boleh hadir untuk makan pelbagai buah tempatan terutama durian dengan harga yang sangat murah,malahan turut dihidangkan pulut dan santan…” ujar Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Sdr Mohd Hanifi

Program kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar ini bermula jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Sebanyak lebih setengah tan buah durian telah dihidangkan buat mereka yang hadir. Rata-rata pelanggan datang berasa puas hati dengan durian yang ada termasuk bayaran yang sangat berpatutan malah kanak-kanak dibawah umir 12 tahun adalah percuma.

“Saya datang untuk bersama merasai kemeriahan program ini dan berharap program sebegini akan dianjurkan pada masa akan datang.” kata seorang pengunjung istimewa YB Ustaz Salim Mahmood.

Buah-buahan ini didatangkan dari pelbagai daerah dalam negeri Kedah seperti kawasan Baling yang membekalkan durian, Kubang Pasu dengan rambutan dan lain-lain yang menyediakan dokong,manggis,langsat dan cempedak.

Melihat dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berkemungkinan akan menganjurkan lagi pada masa akan datang.