Home Berita PAS Kedah

Program Keselamatan Kampung Tanggungjawab Bersama

173
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG – Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz hadir ke Program Keselamatan Kampung Tanggungjawab Bersama di perkarangan Masjid Kampung Rambutan, Kuala Nerang, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Azam, program tersebut melibatkan Jabatan Penerangan Padang Terap dan Jabatan polis Padang Terap.

Timbalan IPD Padang Terap, Inspektor Tuan Nazro Hisham Abdullah memberi penerangan tentang penyalahgunaan dadah kepada anak-anak muda dan bagaimana untuk mengenalpasti ciri-ciri individu yang terbabit dengan ketagihan dadah.

Selain itu, beliau turut menjelaskan tentang kesalahan undang-undang jalanraya semasa berada di jalan serta berkaitan pemakai helmet yang selamat diguna dan ditetapkan oleh kerajaan.

Turut hadir bersama di dalam program tersebut ialah Imam Masjid Kampung Rambutan, Ustaz Mohd Idris Ibrahim, Jpkk kampung rambutan, Hj Hasbullah Hj Hassim dan JPKK Kampung Sena, Nazi Sharif serta s/u JPKK, Hidayah Kodir.