Home Berita PAS Kelantan

Program kerjasama agih Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan

32
SHARE

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 12 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat menerima kunjungan daripada YABrs Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan, Ustaz Mahadi Awang di pejabatnya, semalam.

Turut serta berkunjung ziarah ialah Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS), Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBS), Laila Nazura Nawi.

Menurut YB Wan Roslan, kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan tentang program kerjasama YADIM dengan U-BeS dan JBS untuk mengadakan agihan Jalur Gemilang dan pelekat kereta sempena sambutan bulan kemerdekaan di dua lokasi sekatan jalan raya iaitu di Jalan Sultan Yahya Petra dan Pasir Pekan pada 20 Ogos ini.