Home Artikel PAS Johor

Program Jalinan Kasih Pimpinan Srikandi PPBM Bahagian dan Muslimat PAS Sekijang Eratkan Ikatan Ukhuwah

384
SHARE

Program Jalinan Kasih Pimpinan Srikandi PPBM Bahagian dan Muslimat PAS Sekijang Eratkan Ikatan Ukhuwah

21 Julai 2020(Selasa) :

Bertempat di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia( PPBM) bahagian Sekijang tepat jam 5.30 petang ,satu pertemuan telah diadakan dalam aktiviti yang dinamakan *’Program Jalinan Kasih SRIKANDI PPBM & MUSLIMAT PAS Kawasan Sekijang*

Pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang yang diketuai oleh Puan Normala Sudirman,telah hadir memenuhi undangan dari pihak Srikandi Bahagian Sekijang.Normala merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merangkap.Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang. Pertemuan ini juga susulan dari program kunjungan muhibbah Dewan Harian Muslimat PAS Negeri Johor kepada pihak SRIKANDI BERSATU Negeri Johor awal Julai yang lalu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Muslimat Sekijang , Puan Hjh. Aslamiyyah Masiron dan Naib Ketua, Puan Rugayah Selamat bersama beberapa orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang termasuk dari Jabatan Ameerah yang merupakan entiti yang dianggotai oleh muslimat muda PAS di Sekijang .Turut hadir Puan Nur Ameera Binti Zain , AJK Muslimat PAS Negeri Johor .

Pertemuan ini lebih kepada menjalinkan silaturrahim dan ikatan ukhuwwah serta sesi suai kenal antara dua pihak sebagai tanda kebersamaan dan semangat satu hati di bawah semangat Perikatan Nasional.

Majlis dimulakan dengan kedua pihak saling memperkenalkan diri masing-masing dengan peranan moderator utama merangkap Pengerusi PPBM Bahagian Sekijang menceriakan majlis, Saudara Uzzair Bin Ismail.

Kedua-dua pihak saling bertukar -tukar fikiran dan pandangan untuk berkolaborasi dalam penerusan usaha menyantuni rakyat terutama di musim PKPP sebagai solidariti menyelami denyut nadi kesusahan rakyat khususnya di kawasan Parlimen Sekijang.

Di samping itu juga diharap kerjasama erat di bawah semangat Perikatan Nasional ini dapat disuburkan dengan penuh keikhlasan , prinsip setiakawan dan semangat pengorbanan yang tinggi demi memastikan masa depan generasi pelapis masa hadapan lebih terarah di bawah landskap politik Malaysia yang lebih sejahtera dan terpelihara keharmoniannya.

Normala dalam pertemuan itu berkata prinsip PAS akan lebih mengutamakan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup berjuang
serta wala’ dan patuh atas apa juga keputusan parti dalam apa juga tindakan.

Ketua SRIKANDI Sekijang ,Puan Maimon Binti Mohd. Ali juga dalam ucapannya mengharapkan agar aktiviti berbentuk kewanitaan di kawasan Parlimen Sekijang dapat dijayakan dengan kebersamaan gandingan tenaga muslimat PAS Sekijang dan pihak NGO serta rakan muafakat di bawah Perikatan Nasional secara kolektif.

Pertemuan sekitar satu jam setengah itu telah dapat mengeratkan kemesraan antara kedua pihak dalam usaha menyerlahkan semangat muafakat dan setiakawan dalam persada politik negeri Johor disulami impian keikhlasan dalam akrab persahabatan.

Semoga jalinan silaturrahim yang melakar suatu sejarah di bumi Sekijang ini akan terus bertunas subur dan tali silaturrahim akan terjalin erat buat selama-lamanya.

#PerikatanNasional
#IslamMemimpin