Home Berita PAS Kelantan

Program Holtikultur Jagung Landskap meriahkan Hari Malaysia

167
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

PASIR MAS, 16 Sept: Sempena Hari Malaysia, penduduk Tal Tujuh, Pohon Buloh dan Kampung Dangar menjayakan Program Tanaman Holtikultur Jagung Manis Hibrid di Tapak Model Pertanian Bersepadu Mukim Alor Buloh, dekat sini.

Program anjuran Kelab Komuniti Tani-ternak Pasir Mas (KITABINA) tersebut melibatkan pelbagai golongan masyarakat iaitu warga emas, belia dan kanak-kanak di sekitar jajahan Pasir Mas.

Penghulu Mukim, Afendi Mohd Nawi berkata, lambang kesepakatan rakyat Malaysia yang harmoni dizahirkan melalui acara menanam jagung bersama-sama.

“Tanam jagung serasi dengan gaya hidup di kampung sejak dulu lagi, cuma teknik sahaja berbeza mengikut kemajuan ilmu dan kecanggihan teknologi. Hal inilah yang mahu kita kongsikan kepada masyarakat.

Keseragaman pakaian peserta terlibat yang bertemakan “Malaysiaku” adalah simbolik semangat patriotisme melalui perpaduan warga Pasir Mas sebagaimana saranan para wakil rakyat.

Aktiviti gotong-royong menanam jagung hibrid teknik landskap menjadi kemuncak acara ringkas yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP)”, katanya ketika ditemui.