Home Berita PAS Kedah

Program gethering mahasiswa dan anak muda Padang Terap

82
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Persatuan Mahasiswa Islam Padang Terap (PERMIPT) yang di pengerusikan oleh Ustaz Muhammad Fadhli Mohd Nashid telah mengadakan program gathering mahasiswa dan anak muda Padang Terap di Muda Resort,Sik baru-baru ini.

Program tersebut telah di rasmikan oleh Yang diPertua PAS Kawasan Padang Terap merangkap penaung Persatuan Mahasiswa Islam Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz.

Menurut pengarah program Zarqoni Mat Ayub, seramai 26 orang mahasiswa dan anak muda yang hadir.Program ini di adakan bagi merapatkan ukhuwah antara mahasiswa dan anak muda serta perkenalkan organisasi dan hala tuju PERMIPT.

YdP Azam berkata,”Syabas dan Tahniah saya ucapkan di atas penubuhan serta¬† penganjuran program seperti ini kerana ianya bukan sahaja dapat memberi manfaat besar buat mahasiswa malah dapat membentuk anak muda menjadi seorang yang menghayati nilai-nilai Islam sebenar”.

“Jalankan peranan kalian dalam usaha mengembleng tenaga ke arah pembentukan anak muda yang bukan sahaja bersahsiah tinggi malah mengamalkan nilai Islam yang berjiwa rabbani dan muslim yang berkualiti “,ujarnya lagi.

Turut sama hadir ke program tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Nurul Amin Abd Hamid, Ketua Pemuda PAS Padang Terap Ustaz Mohd Fadil Hadi Ismail dan Ustaz Habibullah Salleh.