Home Berita PAS Kedah

Adik Nur Atifah dapat perhatian Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Padang Terap

62
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Adik Nur Atifah Azhar salah seorang dari pelajar Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) semester satu telah mendapat perhatian dan menerima sumbangan dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Padang Terap kelmarin.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Padang Terap, Ustaz Zulpikeri Ahmad, ibu kepada adik Atifah mengidap penyakit kencing manis sehingga terpaksa di potong kakinya, manakala ayahnya pula hanyalah penoreh getah yang mengambil upah menoreh di kebun orang.

Sumber pendapatan mereka juga tidak tetap dan menentu.

Oleh itu pihak Lajnah tersebut telah membuat kutipan derma hingga mendapat kutipan sejumlah RM1620.00 dan di sampaikan kepada adik Atifah bagi menampung kos pengajiannya serta bagi meringankan bebanan keluarganya.

Sehubungan itu, pihak KIDU juga menyampaikan sijil penghargaan kepada Lajnah Kebajikan dan Masyarakat PAS Padang Terap bagi menghargai sumbangan bantuan kepada pelajar mereka.

Turut hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif KIDU, Ustaz Hj. Zawawi Ahmad, Pegawai Perhubungan Awam & Ko-Kurikulum KIDU, Ustazah Mardhiah Shafie dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Padang Terap.