POKOK SENA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan inisiatif peduli rakyat dengan menganjurkan Sumbangan Prihatin Food Bank Ramadhan.
Syarikat Pen Petroleum Sdn Bhd menaja sepenuhnya sumbangan pek makanan program ini kepada seramai 80 kanak-kanak iaitu para penghuni di Rumah Kanak-kanak Pokok Sena, di sini semalam.
Exco Kerajaan Negeri, YB Romani Wan Salin berkata, program ini satu usaha berterusan kementerian dan swasta melaksanakan program Food Bank Malaysia dengan matlamat untuk membantu golongan memerlukan.
“Harapan saya akan ada lebih banyak lagi NGO dan badan berkanun yang tampil memberikan sumbangan seumpama agar penerima dapat menikmati kehidupan seperti orang lain,” ujarnya.
Hadir sama pada majlis itu adalah Pengarah PDNHEP Kedah, Rae Morn Verak dan Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Pen Petroleum, Saw Mei Yee dan ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz