Home Berita PAS Kedah

Program empowerNCER tingkat pendapatan penerima bantuan KIDA

270
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG, 29 Nov – Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menyampaikan taklimat kepada 30 penerima bantuan  Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) menerusi program empowerNCER Baling santuni Kida Mukim Kupang .

Program tersebut bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang petang tadi.

Objektif program bertujuan memberi kesedaran dan galakan tentang kepentingan menjana pendapatan melalui kursus Keusahawanan & Kemahiran empowerNCER.

Program dirasmikankan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad merangkap Exco Agama Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah.

Turut hadir, wakil Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Fauzan Ismail, Pegawai Lapangan Daerah Baling, Sharifah Nornabila Syed Zamri, Mohd Saiful Nizam Mohd Zulkifli, Wan Nurfarhanim Wan Jalaluddin dan wakil Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM), Nornadzaty Azman Mohamad Tajudin.Sumber: FB YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat