Home Berita PAS Sabah

Program Sekampit Beras platform dekati yang memerlukan

90
SHARE

Oleh : Ana Bahar

TAWAU : Program turun membantu masyarakat yang memerlukan terus menjadi agenda utama Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) kerana ia merupakan platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim di samping menyuburkan nilai saling membantu dikalangan warga Tawau.

Ketua Muslimat, DMPK Tawau, Mandina Ladale, berkata program seperti itu perlu dipergiatkan lagi kerana walaupun sektor ekonomi semakin banyak yang telah dibuka namun golongan yang terjejas akibat Covid-19 masih ramai.

” Program Sekampit Beras ini merupakan program tahunan DMPKT di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

” Tahun ini 30 keluarga daripada golongan asnaf , ibu tunggal dan sakit terpilih sebagai penerima.

” Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga para penerima”. Katanya ketika memberikan ucapan di Majlis Program Sekampit Beras di PASTI Nurul Fathonah , Ranggu , pada Sabtu baharu ini.

Turut sama dalam majlis berkenaan, Timbalan Pengerusi DMPK Tawau, Darma Fattah, Pengerusi LKK, Siti Arfah Asrisal dan beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Tawau