Program Edaran Sumbangan Warga Asnaf di Cawangan Sungai Abong , PAS Bakri
Bakri : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Bakri telah mengadakan ziarah prihatin yang dilaksanakan bersama PAS Cawangan Sungai Abong pada 1 Jun 2019.
Dalam program tersebut, rombongan PAS telah mengunjungi dan menyampaikan sumbangan di Cawangan Sungai Abong. Seramai 15 orang penerima sumbangan pada kali ini. Kriteria mereka yang layak menerima bantuan adalah terdiri daripada golongan yang miskin, orang kurang upaya (OKU), yatim, sakit serta warga emas.
Sehubungan dengan itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah memberikan wang zakat dan barangan keperluan seperti beras kepada keluarga tersebut. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan Sungai Abong, Encik Ismail Bin Mahmod dan Bendahari PAS Cawangan Sungai Abong, Haji Shaari Bin Aripin seta Ahli Jawatankuasanya.