Home Tadabbur Al-Quran

Tadabbur Surah Al-Waqi’ah : Siri 29

62 views
SHARE

๐Ÿ““๐Ÿ““ Tadabbur Al Quran ๐Ÿ““๐Ÿ““
Surah Al-Waqi’ah: Siri 29

Ayat: 92-94 : Gambaran Kehidupan Ashab Al-Syimal Selepas Kematian

๐Ÿ–‹ Firman Allah serta terjemahannya:

ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ููƒูŽุฐู‘ูุจููŠู†ูŽ ุงู„ุถู‘ูŽุงู„ู‘ููŠู†ูŽ – ูฉูข
Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan lagi sesat

ููŽู†ุฒู„ูŒ ู…ูู†ู’ ุญูŽู…ููŠู…ู – ูฉูฃ
maka dia mendapat hidangan air yang mendidih

ูˆูŽุชูŽุตู’ู„ููŠูŽุฉู ุฌูŽุญููŠู…ู – ูฉูค
dan dibakar di dalam neraka.

๐Ÿ“– Tafsir ringkas:

1. Di bahagian akhir surah Al-Waqiah ini, Allah SWT menyebut pula tentang nasib buruk golongan ketiga iaitu golongan kiri. Mereka adalah golongan yang mendustakan kebenaran lagi sesat daripada jalan petunjuk.

2. Hayat mereka diakhiri dengan kematian yang buruk dan disambut dengan hidangan air yang mendidih. Ianya adalah cairan panas yang akan melelehkan isi perut dan kulit-kulit mereka. Air panas ini tidak dapat dibandingkan dengan kepanasan dunia kerana kepanasan neraka berganda-ganda darjahnya.

3. Inilah golongan kiri yang menolak ketauhidan kepada Allah dan tidak mengakui keesaanNya, mereka tidak dapat lari daripafa menerima azab api neraka kelak, mereka menerima pelbagai seksaan daripada Allah yang Maha Kuasa.

4. Malang sungguh nasib mereka kerana telah membuat keputusan yang salah semasa di dunia dahulu. Maka pengakhiran mereka adalah su’ul khatimah.

๐ŸŽ€ Pengajaran:

1. Kematian dengan suโ€™ul khatimah akan disusuli dengan sajian air yang mengelegak. Inilah yang patut kita waspadai dan berusaha untuk tidak berada di hujung kehidupan semacam itu. Ketahuilah bahawa mati dalam keadaan buruk ini memiliki sebab yang seharusnya setiap orang menjauhinya. Sebab utama adalah kerana berpaling daripada agama Allah. Antara ciri-cirinya berpaling daripada istiqamah, lemahnya iman, rosaknya iโ€™tiqad dan keyakinan kepada agama Allah dan terus menerus dalam maksiat.

2. Tika hati bergetar dan rasa takut dengan ancaman azab sebegini, sewajarnyalah kita menyegerakan taubat terhadap semua dosa yang kita perbuat, baik itu dosa kesyirikan, bidโ€™ah, dosa besar dan maksiat. Bersegeralah kita kembali taat pada Allah dengan mengawal segalanya dengan ilmu. Kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil. Entah besok, entah lusa, entah minggu depan, boleh jadi lebih cepat daripada yang kita kira. Yang tua dan muda sama saja, tidak ada yang tahu bahawa ia akan berumur panjang. Selagi masih diberi kesempatan, selagi masih diberi nafas, teruslah bertaubat dan kembali taat pada-Nya. Lakukan kewajiban, sempurnakan dengan amalan sunnah. Jauhi maksiat dan berbagai perkara yang makruh. Jangan sia-siakan waktu; teruslah isi dengan kebaikan.

3. Jagalah keimanan kita. Suburkan ia dengan mencintai Allah, Rasul dan jihad di jalan Allah kerana keimanan sentiasa menuntut pembuktian.

4. Berwaspadalah dengan amalan syirik serta jauhinya sebagaimana takutnya kita mendengar tentang azab Neraka Jahim. Neraka Jahim adalah tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sembahan mereka. Syirik adalah salah satu dosa paling besar kerana syirik bererti menganggap bahawa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan boleh pula menganggap bahawa ada Tuhan selain Allah.

5. Hari ini kita sedang menghadapi ujian keimanan yang sangat berat. Pelbagai krisis dan kerosakan berlaku. Umat Islam diserbu secara besar-besaran dengan fahaman-fahaman syirik modern yang berteras kepada pemikiran liberal. Sendi-sendi ajaran dan keyakinan umat Islam sedang dibongkar habis-habisan. Inilah zaman fitnah, zaman yang tidak jelas lagi mana yang haq dan mana yang batil. Justeru itulah kita harus membentengi keimanan kita, keluarga kita, dan jamaah kita dengan meningkatkan ilmu-ilmu keislaman yang benar dan memohon pertolongan kepada Allah SWT.

6. Dalam menghadapi gejala syirik modern ini, bersamalah kita mengawasinya dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang tulen dan tidak memberikan sebarang ruang kepada golongan sesat seperti ini untuk menimbulkan keraguan terhadap agama.

7. Ayat tentang kematian dan azab neraka merupakan satu peringatan buat kita agar kita tidak hanyut dengan kesibukan duniawi serta alpa dengan lingkungan zon selesa yang kita rasai yang menyebabkan kita masih bermaharajakan hiburan yang melampau, meninggalkan masjid-masjid sunyi sepi sedangkan stadium bolasepak dan panggung wayang penuh sesak. Justeru, umat Islam wajib bangkit dengan ilmu dan wajib beramal dengan tuntutan Allah SWT serta perlu segera kembali mempertahankan kedaulatan Islam.

๐Ÿ“š Rujukan: Tafsir Ibnu Katsir

Disusun oleh:
Lajnah Dakwah DMPM dengan kerjasama Ameerah dan Lajnah Dakwah DMPK Gombak.
3 Jun 2019 / 29 Ramadhan 1440