Home Artikel PAS Johor

Program edaran Sumbangan Ramadan di Cawangan Jeram Masjid dan Bukit Batu, PAS Bakri

455
SHARE

Program edaran Sumbangan Ramadan di Cawangan Jeram Masjid dan Bukit Batu, PAS Bakri

Bakri : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Bakri telah mengadakan ziarah prihatin yang dilaksanakan bersama Pas Cawangan Jeram Masjid, di sini pagi 25 Mei 2019.

Pada ziarah tersebut, rombongan PAS telah mengunjungi dan menyampaikan sumbangan di dua buah Cawangan iaitu Jeram Masjid dan Bukit Batu. Seramai 38 orang penerima sumbangan pada ziarah kali ini. Kriteria mereka yang layak menerima bantuan adalah terdiri daripada mereka yang miskin, orang kurang upaya (OKU), yatim, sakit serta warga emas.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah memberikan wang zakat dan barangan keperluan seperti beras kepada keluarga tersebut. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua Urusan Ulamak merangkap Penyelia Dun Simpang Jeram, Ustaz Zarul bin Salleh

Turut Hadir sama pada kunjungan itu adalah Ketua Penerangan Pas Kawasan Bakri, Saudara Zulhelmyhafeez bin Mohd Suhut bersama anggotanya.