Home Artikel PAS Johor

HULURKAN SUMBANGAN RINGANKAN BEBANAN – PAS MUAR TERUSKAN MISI BANTUAN RAMADAN

694
SHARE

HULURKAN SUMBANGAN RINGANKAN BEBANAN – PAS MUAR TERUSKAN MISI BANTUAN RAMADAN

MUAR : Untuk menyemarakkan lagi aktiviti bulan Ramadan, PAS Kawasan Muar meneruskan misi sumbangan bantuan kepada warga Muar bagi meringankan beban menghadapi Aidil Fitri.

Pada 24 Mei, pihak Dewan Pemuda PAS Muar telah turun memberikan sumbangan sahur kepada pekerja-pekerja dan anggota keselamatan yang bertugas waktu malam sama ada di balai polis, SWM, kaunter-kaunter kedai 24 jam serta safe guard kilang dan sekolah- sekolah.

Pada hari yang sama, sesi petang pula pihak JPrD Dun Sungai Balang telah turun ke lapan cawangan untuk menyampaikan sumbangan melibatkan 103 buah keluarga. Sumbangan disampaikan oleh YDP dan TYDP Kawasan, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Pengarah JPrK.

Seterusnya pada 25 Mei Lajnah Kebajikan DMPK dan HalWa Sungai Balang pula menyampaikan sumbangan di 10 buah rumah ibu tunggal dan keluarga miskin.

Menurut kata Yang Dipertua PAS, Haji Abd Aziz Talib, beliau bangga di atas keperihatinan yang diberikan oleh entiti yang terlibat kerana berusaha mengumpulkan dana untuk pemberian sumbangan tersebut.