Oleh RABIATON KARIM
PASIR PEKAN, 26 Ogos: YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob selaku ADUN Pasir Pekan telah menyempurnakan penyerahan Bakul Makanan sumbangan Program CSR Hasil Prihatin, LHDN kepada warga Pasir Pekan.
Sumbangan ini merupakan sebahagian dari Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Kelantan.
Majlis penyerahan bakul makanan tersebut dilaksanakan di Wisma I’badurrahman, Pusat Khidmat DUN Pasir Pekan secara pandu lalu sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan.
Pihak Pusat Khidmat DUN Pasir Pekan mengucapkan terima kasih kepda LHDN atas sumbangan ini yang sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan.