Home Berita PAS Kelantan

Program Cakna Rakyat DUN Kelaboran meriah

134
SHARE

TUMPAT, 20 September: Program Cakna Rakyat DUN Kelaboran meriah dengan pelbagai aktiviti dan kehadiran orang ramai setiap lapisan masyarakat yang diadakan di Pata Ndo, Padang Kemahkotaan, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan ketika berucap merasmikan majlis tersebut, mengalu-alukan kehadiran orang ramai khususnya dalam kawasan DUN Kelaboran untuk mendapatkan manfaat melalui pelbagai aktiviti dan perkhidmatan untuk rakyat.

“Pelbagai aktiviti kita adakan untuk disertai oleh kanak-kanak, belia dan orang dewasa selain perkhidmatan daripada agensi kerajaan untuk kemudahan rakyat setempat.

Untuk kanak-kanak dari umur 5 hingga 15 tahun diadakan 20 acara sukaneka dan untuk dewasa diadakan acara sukan rakyat.
Acara dimulakan dengan perarakan perahu berhias dan bot laju dengan diiringi oleh alunan muzik tradisional.

Antara agensi yang terbabit ialah Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Klinik Premier, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Haji, Bomba, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Perikanan, Pasukan Polis Marin, Jabatan Agama Jajahan, Peladang Kawasan Tumpat, Kelab Usahawan Wanita Kelantan, Perpustakaan Cawangan Tumpat, St. John Ambulans dan lain-lain.

Pada majlis tersebut, YB Mohd Adanan turut menyampaikan sumbangan kepada 250 orang armalah, sumbangan kepada 70 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan bantuan pesakit kronik seramai 15 orang.