Home Artikel PAS Sarawak

Program back to school PAS Bintulu menyantuni anak-anak miskin

117 views
SHARE

Bintulu, 16 Disember 2017 -Program Sumbangan “Back to School” perlu terus menjadi agenda tahunan yang penting bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak, kata Naib Yang Dipertua PAS Bintulu, saudara Kamarul Ariffin. Menyedari hakikat tersebut, Lajnah Kebajikan PAS Bintulu telah diberi tanggungjawab merealisasikan usaha tersebut.

Hasil usaha mendekati masyarakat sebelum ini, pihak Lajnah Kebajikan PAS Bintulu telah mengenal pasti 10 buah keluarga yang terpilih. Mereka kemudiannya telah dibawa ke Pasaraya Sing Kwong Bintulu bagi membeli barang-barang kelengkapan sekolah seperti pakaian, kasut, beg dan sebagainya. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah anak-anak dan ibu bapa apabila diberi peluang untuk memilih sendiri barang-barang sekolah mereka. Kos pembelian mereka ditaja sepenuhnya oleh PAS Bintulu, hasil sumbangan daripada pihak-pihak yang begitu dermawan dan prihatin.

Saudara Kamarul Ariffin sebagai wakil PAS Bintulu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sing Kwong kerana membantu menjayakan program tersebut. “Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Harapan kami agar lebih banyak pihak tampil untuk menawarkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban keluarga dan pelajar terbabit”