GAAL, 27 Apr: YB Ustaz Mohd Rodzi Ja’afar bersama pasukan PKD Gaal dengan kerjasama pasukan MTD Gaal bersama mengedarkan bubur lambuk anjuran Muslimat DUN Gaal. Pengagihan bubur lambuk untuk berbuka puasa itu tidak melibatkan perhimpunan dan secara patuh SOP demi menjamin keselamatan dan kebaikan semua pihak. Serentak dengan program agihan bubur lambuk ini, YB Ustaz turut berkesempatan menyampaikan sumbangan pek Ramadan dan Hari Raya kepada JK Pemuda.
Agihan tersebut antaranya adalah kepada OCS yang mewakili Frontliners PDRM & SJR di Balai Polis Bukit Yong dan agihan diperkarangan Kompleks Gaal. Ia turut melibatkan agihan kepada pelanggan dan peniaga gerai di pinggir jalan serta kepada Penghulu Bukit Yong dan Tok Khamis untuk agihan kepada lokaliti.
Tahniah kepada pihak YB dan pasukan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung tanpa mengira perbezaan politik bagi menjayakan program agihan bubur lambuk ini.