Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Profesional PAS Dr Najiha Fasih Mandarin

1148
SHARE

Profesional PAS Dr Najiha Fasih Mandarin

Dr Najihatussalehah Ahmad calon Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi P.069 Parlimen Parit pada PRU14 ini memang unik orangnya. Beliau adalah seorang doktor perubatan wanita yang berbangsa Melayu, bertudung labuh namun fasih berbahasa Mandarin.

Dr Najiha memiliki Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan kini berkhidmat di klinik beliau sendiri di Bota Kanan.

Keramahan dan kemesraan beliau semasa merawat pesakit menjadikan Dr Najiha amat dikenali di pekan Bota Kanan dan sekitarnya. Wajahnya yang tidak pernah lekang dengan senyuman dan kesopanan tutur bicaranya ternyata disenangi ramai.

Penglibatan beliau dalam PAS juga diakui oleh rakan seperjuangan lantas dilantik menjadi Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak dan Ketua Dewan Muslimat PAS Parit.

Dr Najiha mula terlibat dalam kancah politik apabila dicalonkan oleh PAS untuk berentap di Parlimen Parit pada tahun 2008, DUN Belanja pada tahun 2013 dan bertanding di Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar pada tahun 2016.

Semoga kemenangan berpihak pada Dr Najiha dan PAS kali ini.

Undilah PAS!

#DrNajiha4Parit
#yongkerojeuntukkome